Pilihan raya umum di Indonesia


Pilihan raya umum di Indonesia atau istilah rasminya "pemilihan umum"[1] (umumnya disingkatkan kepada "pemilu"[1]) diadakan untuk memilih dan melantik Presiden Indonesia serta juga anggota-anggota yang bakal menduduki Dewan Perwakilan Rakyat dan Dewan Perwakilan Daerah.[1] Kedua-dua Presiden dan anggota-anggota DPR dipilih untuk tempoh lima tahun.

Dewan Perwakilan Rakyat dipilih melalui perwakilan berkadar daripada calon-calon kawasan pilihan raya. Oleh sebab Indonesia mengamalkan sistem berbilang parti, tiada sebarang parti tunggal yang biasanya dapat benar-benar mencapai kemenangan dan oleh itu, parti-parti politik harus bekerjasama untuk membentuk kerajaaan campuran.

Umur mengundi di Indonesia sekurang-kurangnya 17 tahun. Pada sepanjang sejarah Indonesia, Indonesia telah mengadakan sebelas pilihan raya umum, iaitu pada tahun 1955, 1971, 1977, 1982, 1987, 1992, 1997, 1999, 2004, 2009 dan 2014:



  1. ^ a b c "Pemilihan Umum". Glosarium. Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia. Dicapai pada 22 Mac 2024.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy